Tuesday 15 March 2011

Teman (Pasifik)


Kau pun berlalu pergi
setelah kata ucap perpisahan
kata-katanya berlari-lari simpang-siur
perjalanan merubah arah pelabuhan dituju
tofan bergerak mengirim gelombang
mengheret mentari jauh ke benua.

Bayangkan ketika sudah
di tengah jalan baru teringat
berpatah balik pada sebuah janji
kerana kasih kita berlaku durjana
ketika sedar sudah terlambat.

Seorang sahabat membuat helah
di hari-hari terakhir Rasulullah
dari balasan ciuman cinta.

Kalau nanti ada seorang teman
datang menyatakan
aku cinta padamu
semata-mata kerana Allah
usah kau tercenggang.

Honiara
28 Julai 2010

No comments:

Post a Comment