Tuesday 15 March 2011

Tazkirah*(ITBM)

Dari malam
rembulan cinta
membakar langit
zikir illahi menampal
pada bintang-bintang
menjelang fajar.

Ya Tuhan Rahman
pancainderaku lebur
dalam lautan madu-Mu.

Aku bagaikan lebah
tercampak dalam taman
aneka bunga mewangi
bumi basah
pelangi selepas gerimis
keindahan alam sejagat.

Laut tenang bertasbih
menyambut purnama
satu tanda dalam seribu
sekawan merpati putih
berkelana terbang
ke saujana angkasaraya.

Angin langit turun bercanda
mengelus mimpi para musafir
langkah kakinya semakin pasti
kalima tauhid pun meresap
bagai air hujan dalam

Musim kemarau
sampai akar-akar umbi
ke pepohonan, dedaunan
pucuk-pucuk dan ranting-ranting.

Pada bulan, bintang, matari
angin, gunung, laut, langit dan
rimba,
anugerah Rabbubiyyat-Mu
tanpa-Mu
segala-galanya gelap dan sifar.

Honiara
25 Julai 2010

*ITBM Jun 2015
*Volume II

No comments:

Post a Comment