Tuesday 15 March 2011

Jumaat Merah (Pasifik)

Kepada-Mu dukalara kuceritakan
Biar aku sendiri merintih pedih-perih.

Langit sebak
Jumaat disayat
dahi pada lantai
mekar durud dan doa-doa
sampai titik nafas terputus.

Terbunuhkah suatu iman dengan kekerasan?

Peluru yang menembusi kulitku
Samasekali tak akan mengendur.

'Anak di pangkuanku kini
pulang ke pangkuan-Mu,' kata seorang ibu

Inilah yang memisahkan aku dan kau
tak ada persamaan antara bumi dan langit.

Setiap darah yang menitis
akan memberikan buah yang manis dan segar.

Siapakah yang berani menuntut?
Kemuliaan ini tercemar kerana mereka!

Honiara
12 Jun 2010
*AP Volume I, 2013

No comments:

Post a Comment