Friday 30 March 2012

Wahai! Saudaraku* 1 (Metamorposis)

Wahai!  saudaraku,
dulu dikatakan keajaiban
hari ini penyataan biasa.
sekalipun begitu
keajaiban didambakan
sekarang, kebohongan
meliar jauh ke sanubari.

Wahai! saudaraku,
paksi kehidupan berpindah
dari masa silam
sampai ke langit kejora
keyakinanmu
kebenaran itu adalah
mentari rohani gemilang.

Wahai! saudaraku,
si Tenggang dan Jebat derhaka
mengongsi ke dalam kelam
selalu ada
merasa perih dan tersiksa.

Wahai! saudaraku,
alaf 21 menitis
dari terjangan waktu
bebayang silam
memperingatkan
keangkuhan itu
membawa kecelakaan.

Wahai! saudaraku,
aku hanya ingin bercanda
sebuah kata dan kalimat
kalau itu
membuatmu senang
sudah cukup bagiku.

Honiara
30 March 2012

Thursday 29 March 2012

Wahai! Saudaraku (Metamorposis)

Wahai! saudaraku,
fajar menipis, langit berganti warna
malam menggulung cerita
siang datang membawa berita.

Wahai! saudaraku,
kau kehilangan kata
mengungkap sebuah makna
biarkan! dari  kejora
kita mengutip rindu
langit yang bercanda.

Wahai! saudaraku,
mengapa menceduk
memori yang keruh
kalau hanya berdendam rasa
biarkan! musim bunga
datang semula.

Wahai! saudaraku,
aku memaafkanmu
sekalipun suaramu
semankin tinggi dan keras.

Wahai! saudaraku,
sukmaku bergetar
dalam kelainanan
ada keindahan
dan kemanisan
di situ, ada harapan.

Wahai! saudaraku,
langitku
dan bumimu
dua jadi satu
kata-kata
saksi sebuah hati
sebuah janji
aku mendambakan
sentuhanMu.

Honiara
30 March 2012

Wednesday 28 March 2012

Menunggu Nelayan Pulang (Pasifik)

Di desamu
aku tamu
melihat semak belukar
pohon kelapa 
gobok rumbia
seperti tak terusik.

Jalan kecil
kehijauan
ketenangan
pada mata.

Malam itu
kulihat
kelap-kelip
menari-nari.

Kau umpan
malam
ceritamu
tentang laut
gelombang
dan musim tofan.

Dalam ketiduran
aku menunggu
nelayan pulang.

Nono Village
Central Province Russels

29 March 2012

Merenung Kembali (Pasifik)

Ada yang bilang
pergilah!
usah kembali.

Buat yang tinggal
semua beres.

Menata
dan membina kembali.

Pada langit biru
aku tak pernah gusar.

Gelora laut
aku pun tak risau
menyingkap rahsianya
kerana aku yakin.

Honiara
28 March 2012


Wednesday 21 March 2012

Pelabuhan Itu Semakin Dekat (Pasifik)

Malam tadi
aku berlepas
musim tofan
menyingkir
jauh.

Kulihat langit
kembali damai
laut tenang
mimpi manis
menelur rindu.

Di hujung desa
ketuk bambu
memberi isyarat
dalam diam
terasa gundah.

Sekalipun
sang nahkoda
melewatkan waktu
pelabuhan itu
semakin dekat
aku kelelahan.

Honiara
28  March 2012

Tari Hujan (Pasifik)

tari hujan di permulaan musim
laut gemuruh pecah ombak di pesisir
mendung langit rahsia tersingkap
pulau menyepi.

Honiara
4 January 2012


Nota Sesekali Silap (Pasifik)

Kutulis
bait-bait ini
tanpa ingin
mengucap
selamat tinggal.

Langkah kaki
seluas benua
sesekali melintas
jalan mati.

Kekadang
dalam diam
api itu bekerja.

Lalu dicari
air penawar
jalan lurus
langit biru.

Aku melewati
senja sirkah
diam dan patuh.

Honiara.
5 Januari 2012

Ajarkan (Pasifik)

Ajarkan padaku
berdoa manis.

Pada siang dan malam
aku sujud pada-Mu,
Tiada selain Engkau.

Ya Rabbi, tak pernah aku
mempersoalkan kebenaran langit
mau pun alam sejagat.

Ya Rabbi, ajarkan kepadaku
mengapus kejahatan menyergap
dan bersembunyi di sudut hati.

Aku hanya sezarah atom
menemukan titik dan sirna.

Honiara
5 Januari 2012

Cahaya Murni (Pasifik)

Dari masa silam ditanya
pada siang dan malam
di mana didapatkan ketenangan.
kalau bukan kembali ke riba-Nya.

Tanpa-Mu, tiada ketenangan
ketenangan hadir dalam kasih sayang-Mu
tiada tangan, melainkan tangan-Mu.

Engkau telah memberi kepak padaku
biarkan aku terbang tanpa sangsi dan ragu
ketika malam tiba, di situ kucari juga cahaya-Mu.

Engkaulah, Penghalau kegelapan
tiap hati mendambakan
aku hanya pendamba fakir
tenggelam timbul di laut-Mu.

Honiara
5 Januari 2012


Kekasih, Kudambakan (Pasifik)

Engkau, kekasih
yang kudambakan
saksi kebesaran
alam semesta.

Engkau, Maha suci
tiada menyerupai-Mu
Maha Perkasa.

Engkaulah,
Pelindung dan Pemelihara,
menjagai tujuh petala langit
tujuh keratan bumi.

Keesaan-Mu
Kesucian-Mu
tanpa bandingan.
Engkau yang mula dan akhir
mematikan dan menghidupkan.

Engkau,
pendengar terbaik
menjawab
segala sukacita
dan dukalara.

Engkau, kekasih
yang kudambakan.

Honiara
5 January 2012