Tuesday, 15 March 2011

Malam Solat Tarawih (Pasifik)


Anak bulan di ufuk waktu beredar langit senyum
Tiada arak-arak letusan bunga api mencerca dinding langit.

Ketika solat Isha selesai kami bersila menanti solat Tarawih
Nur illahi berkilauan di masjid malam pertama ramadhan.

Suara hafiz beralun memulakan solat tarawih Alif Lam Mim
Saf demi saf jamaah patuh tiap gerak dipimpin imam.

Ummatun Wahidah berpegang pada janji, habiblullah
Rasulullah, engkau Rahmatul Alamen, kami melafaz durud.

Ada bulan sedang mengembang di pekat malam gelap yang panjang
Kami bersujud memohon ampun dosa-dosa di zaman gerhana
Lihatlah kabilah, para pendamba kasih-Mu bergerak ke pintu maghrifat-Mu.

Honiara
12 Ogos 2010


No comments:

Post a Comment