Monday 28 March 2011

Koleksi Fikir Sepintas (Malaysia)

Aku punya nombor menunggu 3027
sekarang boleh memilih, ikut bangsa bapa atau ibu...
membuat keputusan dalam waktu tertekan
suatu penderaan, apa lagi jawaban.

Duduk menunggu, "kalau tak punya kampung
katakan orang kl atau orang kk
kalau tak punya loghat
bisa mencuri pelat bicara teman di universiti
kalau tak punya alamat
payah ketika mengisi borang
kalau tak punya saudara
sekarang pun orang tak ingin bersaudara
kalau tak punya i/c
mana boleh mendaftar undi
kalau tak ada
masih bisa ke hospital, perikemanusiaan namanya
tak boleh hanya fotostat, mesti ada original
kalau tak ada kawan
lawan jadikan kawan
kalau tak ada duit
diam. usah cakap pasal kahwin
..masa solat sekarang
tak perlu jamak."

"ya, cucuku ditangkap kata perampuan tua,
setengah bongkok, jalannya seperti awan bergerak."

"lain kali tak usah bawa anak, datang dengan suami,
ibu muda mengendong anak, mengumpul surat-surat, berlalu"

"orang fikir tanda kelahiran itu hanya pada luar
 dalam pun ada, tuan ada di buah pinggang. iya.."

"tuan, mana boleh begitu, tunggu sampai dikerasi
dan didera baru didengar kes, human Right."

"ia memang abang yang baik,
sayang pada orang tua, sekarang dia meninggal."

"pertukaran nilai mata wang AUD $1.03 banding USD $1.00,
wang kita berapa pula...?"

Hanya ada suara dari tv
kekadang suara pegawai memberi perintah!
aku kera yang dibajukan dan disuruh menari..

Nombor 3207, nombor 3207
kaunter 12
"Ibu, puan. Kedayan"

Kota Kinabalu
29 March 2010
*ITBM

No comments:

Post a Comment