Tuesday 15 March 2011

Kekasih*(ITBM)


Aku diingatkan waktu yang terhakis
pada pertembungan arus di lautan
matahari terkupas dan mengendur
daging pejal ini menjadi tanah liat.

Ketika perut bumi meletus
jalan-jalan riuh senyap dan sepi
gunung berhenti bercerita kita
berhenti berfikir, terkurung.

Di jalan pulang senja sirkah
gerimis langit samawi lalu
turun hujan menamatkan
kemarau kering dan tandus.

Maafkan aku kalau selama ini
tak membaca isyarat Kekasih
Kau memang pendengar baik
melihat sampai ke dalam sukma.

Honiara
15 Julai 2010


*ITBM Jun 2015
**Antologi Puisi 'Zikir Cenderawasih' oleh Hj Bung Johar, Sabahuddin Senin dan Haji Domeng, Borneo Top Publishing House, 2014.

1 comment:

  1. tiada tempat lain untuk berpaut, hanya Dia selalu mendengar tanpa bersungut..

    ReplyDelete