Hujan pun turun mendinginkan hangat bumi
Setahun terasa lembah kemarau
Kedatanganmu menukar wajah lesu
Menjadi taman sungai mengalir.
Inilah malam-malam berkat bertasbih
Tangis doa tahajud langit menyahut
Ya Rabbi, aku sujud istighafar
Kutebus dosa-dosa yang melekat
Gerimis langit merembes masuk
Membawa khabar suka.
Aduhai, manisku,
Biar kupeluk satu malam purnama
Dari ribuan malam gerhana
Tanda-tanda cahaya semerbak
Gemerlap di puncak samawi.
Honiara
9 Ogos 2010
Setahun terasa lembah kemarau
Kedatanganmu menukar wajah lesu
Menjadi taman sungai mengalir.
Inilah malam-malam berkat bertasbih
Tangis doa tahajud langit menyahut
Ya Rabbi, aku sujud istighafar
Kutebus dosa-dosa yang melekat
Gerimis langit merembes masuk
Membawa khabar suka.
Aduhai, manisku,
Biar kupeluk satu malam purnama
Dari ribuan malam gerhana
Tanda-tanda cahaya semerbak
Gemerlap di puncak samawi.
Honiara
9 Ogos 2010
No comments:
Post a Comment