Wednesday 3 December 2014

Air Mengalir Terus* (UB) (Cemar)(Terbit)

Air mengalir terus
dalam diam
menemukan kekasih
kau rindukan.

Sebuah pemergian
bumimu menyerap
peninggalan manis
perdu kembang melati.

Kau adalah saksi
tentang datangnya
malam gerhana
kerana malam itu
tak akan tertangguh.

Air mengalir terus
sukmamu arah tuju
benih kebaikan itu
tumbuh tanpa mengira
musim.


*Tersiar Di Utusan Borneo 18 Januari 2015