Tuesday 15 March 2011

Menara (OZ)



Aku bukan seorang pemimpi merimbun khayalan, menabur deru angin
tidak juga memeras perasaan pada tiap kata menjadi ombak sedan
atau menggores gurindam malammu dengan panah halilintar berapi
paling tidak sesekali mengasah mata pisau lalu memotong lagi.

Manisku, malam gerhana sarat itu telah pun berlalu
kau diperingatkan samasekali jangan melepaskan tali itu
langit di ufuk barat burung merpati terbang berkawan
cahaya dari menara putih menuruni lembah gersang.

Kau makin genjar dan lantang mengembur kata kesat memusuhi
kabus disepanjang jalan itu tanda datangnya siang yang mekar
Menyetop menara tak akan aku berpaling dari Rabbul-Alamen
Kerana tiap hati ada menara, di situ tak akan dapat kaurobohkan!

Canberra

1 Mei 2009

*Puisi ini ditulis setelah pelarangan membina Menara Masjid di Switzerland, 2009.

No comments:

Post a Comment