Tuesday 15 March 2011

Gelut (OZ)

Kurenung kedua telapak tangan
yang ada kerat-kerat garis dari kelahiran
dan kutantang mata harimau Blake.

Kurindu pada gazelemu Ibn Tufailaku membaca raut wajah Cain
menyembur cemburumu
dan bibit maut mengamit syahid pertama.

Pembunuhan itu
bagai mendarahi langit alam sejagat
dan ribuan kurun bagaikan terhempas.

Darah terus berkocak dan mengalir
ke samudera laut
Atlantis dan Pasifik
pun tak dapat membendung
terkumpul pada malam durjana Macbeth.
Bagaimana aku dapat membuka luas pintu ini
kerana di matamu kulihat masih menyala
dan tersisip Cain dan Abu Lahab.

'To be or not to be' kata Shakespeare,
dan 'Das du bist,' jawab Goethe.

Aku dan kau masih bergelut
walaupun Dia masih terus mengirim musim semi!

Canberra
18 Mei 2010


No comments:

Post a Comment