Tuesday, 15 March 2011

Merenung Kegelapan Malam (Pasifik)

Telah kau buka pintu kerana di situ jalan lempang pada sebuah janji
kalimah tauhid itu kau ucapkan kini mengalir dalam sendi-sendimu
ketika hati lebur siang pun membawa pesan yang menawan
mengapa menghiraukan degung lalat datang  semusim
kita telah diperingatkan kemenangan langit itu berkat alam sejagat
bathera kausiapkan suara azan berkumandang kata telah bersambut.
Allahu akhbar, ketika iman kelopak mayang kembang berputik
pepohonan rendang sungai mengalir di bawah lembayung langit
apalah gunanya dunia kalau hanya bebayang mahkota hasad dengki
lalu membakar diri hanggus dalam gelisah maut yang terjerat
Ya Rabbi, aku berlindung pada-Mu dari kegelapan malam.

Honiara
13 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment