Ketika menjelang Ramadan
dipasang lilin di serambi
angin laut bertiup lembut
suara tilawat ketenangan malam..
Tenang langit dalam zikir
bumi terasa sejuk nyaman
wajah mukhlis manis senyum
melamar mutaki di awal syawal.
Bangun sahur ditunggu iftari
anak manja ketiduran di pojokan
terasa lemah selera setinggi langit
duduk bersila menunggu azan muazin.
Selepas Isha solat terawi
ramadan pintu meraih-Mu
siang dijalani hidup takwa
malam tiba melafaz zikir illahi.
Honiara
11 Ogos 2010
No comments:
Post a Comment