Tuesday 15 March 2011

Naluri (Pasifik)

Hanya sebuah kata runtuh sebuah mahligai
bagai tebing gedebak ke dalam sungai
mimpi yang terjaga di malam gegabah.

Cemburu yang meluruh
dalam memburu sebuah harapan
bimbang Hajar meluat antara dua bukit
malam masih malam yang membidik
naluri penyair.

Honiara
24 Julai 2010

No comments:

Post a Comment