Tiada ingin bertanya tentang
cerita pokok kayu tua ditembang di pinggir jalan.
Tiada ingin bertanya tentang
Tiada ingin bertanya tentang
ikan badukang dan ikan manyung di pasar ikan.
Tiada ingin bertanya
Tiada ingin bertanya
lemak daging di daun simpul
Tiada ingin bertanya
Tiada ingin bertanya
tentang orang kecil kerana terlalu biasa.
Ia pun tak bertanya
Ia pun tak bertanya
kalau kau tak mengucapkan salam.
Ia pun tak berkecil hati
Ia pun tak berkecil hati
kalau kau terlupa bertamu.
Ia pun diam
Ia pun diam
kalau kau berkata kasar dan terpegun di jalan
Ia pun tak membalas
Ia pun tak membalas
ketika kau menamparnya tanpa usul periksa.
Ia kambing di lereng bukit,
Ia kambing di lereng bukit,
kau serigala
dalam waktu begini,
dalam waktu begini,
Ia rela dikorbankan
masihkah kau berdendam
kerana berlainan fikir dan harapan.
Canberra
28 April 2010
*telah diterbitkan dalam antologi Kuntum Kasih, diselegarakan oleh Kahtirina Susanna Tati, Metro Media Publications & Services, 2013
masihkah kau berdendam
kerana berlainan fikir dan harapan.
Canberra
28 April 2010
*telah diterbitkan dalam antologi Kuntum Kasih, diselegarakan oleh Kahtirina Susanna Tati, Metro Media Publications & Services, 2013
puisi ini puisi yang mengikat pandangku ke kamu.
ReplyDelete