Tuesday 15 March 2011

Desa (Pasifk)

Hujan telah berhenti.
langit dan laut dalam sapuan perak dan berkilat
bumi seakan berkata
lama kutunggu baru kini kau tiba.

Sebentar tadi
ibu yang berpergian telah pulang
anak setahun usia diam dan
masih menonjak kakinya
genangan air matanya
telah lama mengering
hanya hidungnya masih tetap basah.

Malam itu tamu rasa tertuba
jeritnya seperti anjing yang luka
kerana wanita desanya mereguk beer
setelah puas berdansa
terlentang dan terkengkang
sang suami mengepal tangan dan memaki
tradisi jatuh terpijak di halaman.

Neraka berlingkar di desa Lesolen
siang itu ia didatangi tamu lagi
penduduk desa datang berkeroyok
supaya telapak tangannya dibaca
dan meramal lombong emas
di hujung desa.

Honiara
14 Julai 2010


No comments:

Post a Comment