Thursday 24 January 2013

Sepotong Syurga (Ketuhanan)

Lihat pada siang diserap ke dalam senja
Kau seperti lagun sendirian di samudera lautan.

Suatu hari kau bertanya setelah bangun 
"Di sini telah lama tak mencium syurga. Orang pun
tak bimbang. Kerana sedang menikmati dunia."

Ketika orang membolak-balik daun tangannya
Ini sepotong syurga. Ambillah. Jangan mengigau
Berkilat kristal di anak matanya, perantau pulang.

Syurga itu tekad, pengorbanan dan displin mendaki
kemanisan madu telah mengalir ke dalam sukmamu

Kota Kinabalu
24 Januari 2013
*AP Volume I, 2013











No comments:

Post a Comment