Ketika anjing menyalak, lemparkan
seketul tulang
lemparkan seketul tulang ke arahnya. Gonggong dan
lemparkan seketul tulang ke arahnya. Gonggong dan
salak anjing itu dan tengah
malam adalah kerajaan
anjing di hujung desa dan
kotaraya. Ketika tuannya
menggembara ke serata dunia
ia menunggu sabar
kepulangan tuannya.
Pernahkah kau mendengar dari mitos sebuah kota
anak bangsa manusia
dibesarkan oleh anjing serigala.
Ada sebuah kisah Yudhisthira
dan anjing ini tiba di
puncak Himalaya setelah susah payah
mendaki. Tapi
Indra berkata, syurga hanya kepadamu, Yudhisthira.
tapi Yudhisthira, kau harus meninggalkan anjing ini.
Kalau begitu lebih baik aku tak masuk ke dalam
syurga kerana anjing ini telah ikut sejak perjalanan ini
dari kaki gunung sampai ke puncak ini.
Di padang
pasir, panas dan kering tersebutlah kisah
seorang wanita malang
yang turun ke perigi,
mencedok air dan naik ke atas. Ketika wanita
malang itu tiba di atas
didapatinya ada seekor
anjing sangat haus dengan lidahnya terjulur.
Wanita malang
itu pun turun kembali ke dalam
perigi dan mencedok air dengan kasutnya, naik
ke atas, Lalu meminumkan anjing itu dari kasutnya.
Pintu langit dibukakan kepada wanita itu.
Kota Kinabalu
29 Januari 2013
*ITBM (Bahagian II)
No comments:
Post a Comment