Sunday 6 January 2013

Membaca Sejarah (Malaysia)

Perkara ini usah dicuba kalau berdua hati
perjuangan selalu meminta pengorbanan
Ketika Mat Salleh bangun memberontak
membina kubu di Tambunan, tidakkah ia
bayangkan kekuatan Inggeris di Sandakan,
dan Api-api, ia berpura-pura tak kisah,
kekuatan penjajah. Atau ia sendiri tau ia
akan ditumpaskan. Apakah tak terfikir
sekiranya ia terbunuh tak ada lagi pengganti,
yang sanggup meneruskan perjuangan.

Di tanah ini, mereka mencari-cari seorang
hero dari mitos atau dari halaman sejarah.
Kalau tak ada seorang hero, dicari legenda
sampai jauh ke pedalaman. Mereka masih
kehausan seorang hero. Sayang Robin Hood
dan Need Kelly bukan legenda asal di sini.
Tun Sri Lanang disebut dalam sejarah Melayu
Tun Mustapha, Karuhai, namanya tak seindah
Mat Salleh, seorang pemberontak, ia tak akan
bekerjasama dengan Inggeris sekalipun di-
janjikan rembulan di pundaknya. Adakah
perlu seorang hero sekalipun seorang bandit
kolaborator atau lanun? untuk ditempelkan
dalam sejarah?

Kota Kinabalu
6 Januari 2013
*ITBM





1 comment: