Wednesday 16 January 2013

Pintu* (Indah)

Aku bukan tak ingin membalas tanyamu
dalam perbualan ada sopan santunnya
ada perkara boleh kita kongsi bersama
seperti berkongsi alam raya.
Kau melihat, merasakan dan meluahkan.

Mengapa masih kau terus mendesak?
padamu, segalanya terbuka, tak ada
rahsia. Sekalipun kau mendesak, aku
tak akan menyingkap atau membuka
pintu. Pintu yang baik akan terbuka
pada tiap orang boleh masuk kalau
memang ia membawa kebaikan.

Sekalipun kau telah menutup pintu
ketika pintu itu diketuk, aku pasti
kau membukanya. Apakah kau datang
sebagai musafir atau tamu di malam
melarat. Kalau pintu itu tertutup
di siang hari, tentu tak berkunci
tapi aku berada di dalam. Berilah
salam, aku akan menyambutmu
di depan pintu.

Ramai yang masuk melalui pintu
ini. Datang dan pergi, memberi
salam atau bergegas keluar seperti
kelewatan. Pintu yang sederhana
akan membawamu ke ruang yang
sederhana. Bicara yang sederhana.
Selepas fajar, ada orang memberi
salam. Kusambut salam itu .
Kota Kinabalu

17 Januari 2013




No comments:

Post a Comment