Thursday 10 January 2013

Hari Jumaat (Ketuhanan)

Aku menghirup nafas hari ini melangkah jumaat mubarak
waktu itu tetap akan terus bergerak, ia tak akan menunggu
aku ingin  bergerak dalam waktu, tidak ketinggalan, tidak
pula mendahulu atau jauh ketinggalan di belakang. Aku
mendaki, perlahan dan bertempo, terus, sesekali berhenti.
Menarik nafas dalam, melihat ke depan. Suara hati seakan
memberikan kekuatan. Perjalanan yang jauh terasa singkat.
Ketika kutinggalkan rumah dan halaman, ikut jalan kecil,
sampai ke jalan besar, turun bukit naik bukit, memasuki
dataran lembah dari rimbunan jati. Berpergian sendiri,
Bernyanyi. Sampai di dataran tinggi sedikit, aku dapat
melihat persekitaran, antara bayang-bayang dan keindahan
sebuah pemandangan. Yang kurasakan sama seperti orang
lain. Alam ini adalah saksi zaman dari masa silam.
Kita yang tertakluk dalam waktu kita sendiri. Yang lain
telah beredar. Ada yang tertimbus dengan peradabannya
jauh di dasar bumi. Kita telah berjuang dalam ribuan
tahun. Ada bangsa yang kalah dan ada yang pula merajai
lautan dan daratan ratusan tahun. Kini kembali ke paksinya.
Sekarang ada yang cuba-cuba melangkahi sempadan ke
langit cakeralawala. Aku hanya orang kecil cuba membaca
waktu. Tiap  kesempatan yang ada, itu membawa kita ke
akhir perlumbaan. Siang berganti malam, malam berganti
siang. Aku bergolek cuba melakukan yang termampu dan
terbaik. Tiap episod dalam kehidupan selalu ada akhirnya.
Membawanya ke episod yang lain bererti cuba melepaskan
diri dari bebanan masa lalu. Tiap pagi aku bangun dan
duduk di tepi ranjang. Berkata kepada diri sendiri, "Ya
aku masih di sini." Masih bernafas. Allah masih memberikan
aku waktu menyempurnakan pekerjaan yang belum selesai.
Atau membetulkan kekhilafan dan kekurangan masa lalu."
Aku selalu positif.  Dari jumaat ke jumaat, dari minggu
ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Hidup terikat
pada waktu. Waktu mengingatkan dan menyedarkan
di mana kita berada sekarang. Hari ini jumaat tiba, aku
tenang dan aku tak mengomel. Dulu aku befikir, menyepi
sendiri. Tak ingin mengganggu orang lain. Sekalipun terasa
berat tetap bertahan. Ternyata, kewujudan aku bukan
lari dari kehidupan itu sendiri. Aku harus bermasyarakat,
Harus berani. Jangan berhenti di tengah jalan. Memberi
makna pada kehidupan itu. Mewarnakan. Menghidupkan.
Jangan kalah, dan mengomel-ngomel. Aku harus ambil
faedahnya, dari kejadian siang dan malam. Aku tak boleh
duduk diam dan tak berbuat apa-apa. Jumaat ini, jumaat
kedua. Rahmat Allah kerana aku berada dalam jumaat
lalu dan jumaat hari ini tahun 2013. Aku masih di sini,
di bumi sendiri, di hutan tropika dan di hawa Khatulistiwa.
Tanah ini adalah tanah air. Jumaat di tanah air. Sekujur
tubuh, luaran ini testimoni adalah perjuangan jatuh
bangunnya diri ini. Seperti Jumaat lain aku melihat
ke dalam, akar dan tunjangnya. Aku selesa di situ. Jumaat
tiba, aku menunggumu. Di sini, ada mereka kubawa bersama.
Kami akan melangkah ke dalam jumaat dengan ma.
Jumaat mendatang, kami berpegang tangan mendaki sampai
ke puncak gunung, Setelah itu kami mulai melangkah
tangga langit pertama dan seterusnya. Biar perlahan
tapi pasti. Setangga jalan ke cakerawala dan langit samawi.

Kota Kinabalu
11 Januari 2011
*AP BBSS


No comments:

Post a Comment