Sunday 16 December 2012

Usah Bimbang Tentang Kami* (Indah)

Dulu, ia seekor arnab berbulu putih
lembut dan jinak di tapak tangan
kini kau telah menjadi seekor helang
berkuku tajam dan raja di angkasa.
Haruskah aku bersarung tangan
ketika membiarkanmu terbang dan hinggap
di lenganku. Aku tau kau telah terbang
dan melayari kepala angin serata langit
biru dan pulang, membawa catatan negeri
jauh. Duka-lara dan madu yang menitis di
hujung jarimu dan melihat komet yang
hanggus di depan matamu. Belum pun
lama, kita harus berpisah, menggulung
semua kisah perjuangan ini, mitos dan
impian. Kita berjabat tangan dan kau
berkata,"Usah bimbangkan kami."
Malam telah berundur, sedang aku
bersiap datangnya siang.

Kota Kinabalu
16 Disember 2012



No comments:

Post a Comment