Thursday 6 December 2012

Bulan Kuning Cempaka* (Indah)(Metamorposis)

Di dinding sukma telah
kubiarkan kau melukis
grafiti.

Warnakan, ini bukan lagi
dinding larangan.
kau adalah bulan kuning cempaka.

Di sini,
kau bertenun impian
sesekali tertusuk jarimu.

Aku melihat jariku
tak berbekas dan darah
telah lama berhenti.

Kota Kinabalu
6 Disember 2012








No comments:

Post a Comment