Friday 7 December 2012

Suara Barisan Kata-Kata* (Indah)(Metamorposis)(ITBM)

Kata-kata itu bukan
tetamu dan orang asing
datang suatu malam
tapi, ia adalah salam
bersambut dan doa-doa
terkabul dan sebuah harapan.

Aku mendengar
kata-kata itu dari
bait ke bait dalam
satu karavan. Mereka
bukan pula barisan tentera
yang dikerah jalan
dalam satu pasukan.

Dalam tiap huruf itu
sentuhan kasih sayang
menjadi anak kalimat
dalam gerak tersendiri.

Ketika aku terkepung
dalam kerinduan atau
penyesalan menimbun
kau memperingatkan
jalan pulang.

Kata-kata itu air mengalir
dan suara itu terus memanggil
aku tak berhenti di sini dan
beralih sebagai petualang.

Kota Kinabalu
7 Disember 2012
*ITBM








No comments:

Post a Comment