Tuesday, 13 November 2012

Ketika Hujan* (Indah)

Aku melihat hujan turun
dari perlahan berbunyi kuat
empangan langit terbuka.
Melihat jembatan roboh
ketika hujan seperti menyingkap
kenangan.
Ketika duduk di lantai
menatap atap zink ditembusi
air hujan ada perasaan sayu
hinggap di dalam sukma.
Ketika melihat jalan
ke halaman digenangi air
mengingatkan musim tengkujuh
di kampung.
Ketika pulang kebasahan
walaupun dingin masih
tersenyum.
Ketika padang dibasahi hujan
tubuh-tubuh mogel telanjang
membina pasukan bola
atau terjun ke dalam laut.
Ketika hujan di kota
mati lampu isyarat
orang yang sabar jadi
kurang ajar.
Ketika hujan malam
aku di pepenjuru mengenangi-Mu
Ketika hujan di perantauan
aku mengenangkan ma.

Kudat
14 November 2012
*ITBM (Bahagian II)