Saturday, 24 November 2012

Hujan Pagi*(UB)(Mama)

Setelah fajar hujan pagi
kau menyanyi sambil
menggulum mulut
tanpa kata-kata.

Pesta perkahwinan
jiran sebelah
selesai malam tadi.
Tuan rumah puas,
keramaian Karaoke
pun telah berhenti.
Tamu telah pulang
kerusi dan meja telah
disusun.

Ma mencium dahi
anak perantau yang pulang
ditanya bila Ma dibawa pergi.

Malam tadi dalam mimpi
aku bertemu dan mencium
tangan seorang Khalifa
yang telah berpulang.

Sandakan
25 November 2012

*Tersiar Di Utusan Borneo 7 April 2013.