Wednesday 16 May 2012

Perbualan (OZ)

I
Bulan Salji.
Teks mesej dalam FB.

Escort girl:"Kubaca semua puisimu
dan melihat videomu di Youtube menyukai sekali."
(Pause) "Boleh menyemak puisiku."

Penyair:"Boleh, tapi mesti dibayar."
Escort girl:"Ok, apakah kau mau servis atau wang."
Penyair:"Maksudmu...Oh, wang saja."

II

Bulan Tulip Merah

Escort girl: "Aku akan berada di kotamu, Melbourne
Apa kita boleh ketemu?"

Penyair:"Ya, boleh."

III

Bulan Hanggus.
Di Restaurant.

Penyair:"Senang bertemu dengan kamu. Puisimu memang bagus.
Escort girl:"Terima kasih kerana menyemak puisi."

Escort girl:(pause) "Taukah kamu penyair berbakat."
Penyair:"Terima kasih."

Escort girl:"Tapi, kau juga boleh menjadi pelayan lelaki, kamu tampan."
Penyair:"Maaf?."

Escort girl:"Fikirkan dulu. Kalau kamu berubah fikiran,
ini nombor mob."

Penyair: (diam)

Escort girl: (Pause) "Kau mau ke motelku."
Penyair: "Maaf."

Canberra
16 Mei 2012










1 comment:

  1. Membuatku terkenang Sajak Pertemuan Mahasiswa oleh WS Rendra 1977:

    "Niat baik saudara untuk siapa?"

    ReplyDelete