Thursday 17 May 2012

Degung Lebah (Hewan)


Cahaya turun jauh ke lembah
"Biar kudakapmu."
"Silakan pintu itu terbuka."

Pantai berkata kepada penyu
"Apa kau tak rindu, pulanglah.
 "Di sini ada pantai putih.
Mengapa kau mesti merayau jauh."

Lebah berkata pada hujan
berhenti walau sebentar
bunga di taman telah
merunduk dibawa banjir
 "Kekadang kau harus berlaku kejam
kerana kasih." bisik hujan.

Canberra
17 Mei 2012
*ITBM (Bahagian II)





















1 comment: