Friday 18 May 2012

Kerongsang Hati (Perempuan)

Aku tak bisa membawamu terbang
kakiku masih terlonjak di bumi
sekalipun aku sekuat rasa memanggilmu
terasa kau semakin menjauh.

Kubisik pada suara hati sampaikan
salamku walau hanya sekilas
bagai bayangan yang lalu di depan mata
datang dengan kelembutan menyapamu.

Kau mungkin tapi kau tak ingin
mendengar bisik suara hati
kerana itu kau pergi menjauh
meniadakan rembulan hadir dalam diri.

Esok suara hatimu datang memanggil
bagai bayang-bayang mengikutmu ke mana-mana
sepak terjang tak akan menghalau ia pergi
kerana ia bagai lebah menitis madu di hati.

Canberra
19 Mei 2012
*AP Volume 1, 2013



No comments:

Post a Comment