di musim gugur selepas fajar
aku merasa tenteram
melihat malam digulung rapi
dan siang datang lembut dan tenang.
Dalam ketenangan terasa manis
pintu-Mu terbuka
ternyata Kau ada
salam dan doa bersambut.
Ketika bersama-Mu
aku tak pernah takut
dan merasa sepi
Engkaulah pendamping.
Kupanggil nama-Mu
tak terasa dunia
Kau mendengar
menjawab dan menghibur.
Selama aku tak berhenti
dan melupakan-Mu dalam solat
Kau Pelindung, Maha Penyayang
yang memegang tanganku.
Tak akan Engkau kutinggalkan
kerana di situ ada keselamatan
dalam aku kepayahan
Kau ada, menghulur tangan-Mu.
Aku tak akan sendiri lagi
langit bercanda
qasidah indah terucap.
Canberra
28 Mei 2012
*ITBM Jun 2015
No comments:
Post a Comment