Sunday 7 April 2013

Serai (Malaysia)

Aku memang menyukai bau serai hadir dalam
menu yang kupilih.Seperti sedapnya bau pandan,
serai juga bukan main hebatnya. Rebus ikan
berkuah dengan kunyit. Lidah dan hidung pun
makin biasa mencium serai dan menghirup
lauk rebus.

Ketika aku santai, kau mengejutkan aku dengan
baumu memang seperti bau serai
sekali terhidu, aku mengingatimu, aroma dan
bayangmu. Kegilaanmu telah mendorong Ophelia
terapong lalu tenggelam di dalam sungai. Kemarahan
Leartes terhadapku telah kau pergunakan mengadakan
adegan perlawanan untuk membunuh akhirnya
jatuh korban. Maut berendam di malam kerudung
yang tragik.

Telah lama kau mengintai dan akhir setelah kau
membuka pintu ini, lalu masuk ke ruanganku.
Kau bertanya, apakah aku mengenal suaramu?
Dan kau memakai aksen dari benua selatan.
'Ya.' Jawabku ringkas.

Leartes menghimbuskan nafasnya dan tabir
kebenaran itu terbuka, kejahatan yang berselimut.
Hamlet berdua hati melepaskan kesempatan terbuka.
Sebenarnya segalanya belum terlambat.
Dan aku tak akan membenarkanmu.
Kita selalu mempertanyakan waktu,
waktu sesuai untuk bertindak. Tapi ketika
keputusan telah diambil, kau seakan terpukau
dan berhenti.

Dalam diam kutanami serai di halaman
rumah. Dan menyiramnya tiap hari
kerana kau memang menyenangi air
percakapan kita pun seperti air yang dituang.
Sektsa dirimu, paling tidak disempurnakan.

Kota Kinabalu
8  April 2013









No comments:

Post a Comment