Saturday, 13 April 2013

Benih*(ITBM)

Ada sebuah taman
semua orang termasuk aku
mau ke sana.

Kalau aku benih di tapak tangan
tanamlah aku di mana  saja
kerana kau pun adalah benih sebelumnya
tumbuh bercambah akhirnya
menghasilkan buah.

Dari berkas benih yang
sama ada kau dan diriku.
Ketika ditabur
tumbuhlah dirimu dan diriku dalam
fitratnya sendiri. Asal baik akan baik
dan yang sebaliknya tumbuh
dalam lingkungannya.

Aku memandang langit
awan datang berulang-ulang
menurunkan hujan dan takarannya.

KLIA
15 April 2013

*ITBM Jun 2015