Tuesday 23 April 2013

Air surut*(ITBM)

Air telah jauh surut ke laut.

Taukah kau
di celah-celah batu
di dalam lubang
di pasir putih
rumpaian
air laut
ada ketenangan pada
sepasang kaki.

Dalam waktu begini
langkah orang lebih cepat
dari biasa
sampai ke tempat dituju
dan berhenti seketika
kekadang menemukan
yang dicari
kemudian berlalu.

Orang kecil
turun ke laut tohor
kerana di sana
ia melangkah
perlahan dan hati-hati.

Kota Kinabalu
23 April 2013

*ITBM Jun 2015



No comments:

Post a Comment