Tuesday 2 April 2013

Menunggu datangnya masa itu, PRU 13.(Merdeka)

Langit mendung sedikit di sini
bagi mereka yang menunggu
terasa penantiannya panjang.

Adakah hari ini dan esok
berbeda?  Tapi yang ditunggu ini
bukan permainan bola sepak dunia.

Pak Dalang telah menukar rentak
dari lagu berjalan ke rentak lagu
perang.

Hari ini, Pak Dogol, kau
boleh berehat, mereka belum mau
ketawa. Kerana mereka tertunggu
datangnya masa itu.

Aku melihatmu, semua
berkot dan memakai tali leher merah
menyampaikan pada tiap
telinga dan sukma

'Parliamen 12
dibubarkan dan berkuat kuasa hari ini.'

Wahai Pak Dalang,
ayuh, main selingan
lagumu
dari sukmamu.
Tiupkan semangatmu
ayuh, palu gong,
keci, serunai dan gendang
jadi orkestra yang
maha hebat.

Hari ini bermula
agar tradisi ini diteruskan
permainan
dan penungguanmu telahpun
digenapkan.

Kepada Tuhan kita berserah.

Kota Kinabalu
3 April 2013






No comments:

Post a Comment