Aku jauh dari menghukummu
herannya tiap tindakan yang baik
membawa hikmah dan rahmat.
Tidakkah suara hati menahanmu dari
rencana mengundang kegagalan.
Amarahmu telah membelenggu
langkahmu ke lembah hijau, dan
pergunungan indah. Kau mengelak
tanah tajam dan batu kelikir
dari melukai kakimu. Ketika kau
menghantar pasukan mengharung
lautan, keputusan yang kau ambil
jadi tepuk sorak sebentar walau
suara hati kecilmu telah menafikan
kemenangan tak akan dapat diraih.
Lalu ia menjadi malam kegilaan
dan korbanmu jatuh satu persatu di
tanah peribumi. Mimpimu kesiangan.
Kau berdoa dan kami pun berdoa.
Hanya beda kau datang sebagai
penceroboh dan kami bertahan
dan berjuang demi tanah pertiwi.
Katamu, kalian sanggup mati
demi perjuangan, memulangkan
tanah ini ke tangan kalian. Kami
menjawab, ini tanah peribumi bukan
kepunyaanmu, tapi anak peribumi
yang sukmanya pada Malaysia
tercinta. Demi keselamatanmu
hentikan menggunakan kekerasan
kerana jawabnya adalah cinta dan
kasih sayang. Peperangan bukan
jawaban sampai bila-bila.
Tapi amanah dan hak ini adalah
di tangan anak-anak bangsa Malaysia.
Kota Kinabalu
5 March 2013
No comments:
Post a Comment