Friday 22 March 2013

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi (Kemerdekaan)

Pernah dan selalu didengar kata-kata ini
sebagai pembangkit semangat atau mengajakmu
mendengar pasif dan membalasnya dalam
perbualan.

Begitu banyak panggilan dan ajakan
lalu menjadi kata-kata seruan dan semboyan
di pinggir jalan atau di majlis rasmi
nama dan sukmamu terpanggil.

Ketika bangsa tergerak rongga nafasnya
pun melebar dan menandakan bayangan besok
tapi, halaman sejarah telah tercipta
kejutan-kejutan itu telah dalam pelbagai warna.

Bumi ini menyimpan rahsiamu
sampai ke akhirnya dan dipersadamu
hamparan bunga dan catatan ingatanmu
peringatan.

Kepada orang kecil yang namamu
tak disebutkan juga terkandung dalam
doa. Dan kami akan memperingatimu
kerana kau memang dekat di dalam sukma.

Kota Kinabalu
23 March 2013

*AP Sukma, Di Langit Merdeka, 2013




No comments:

Post a Comment