Saturday 23 March 2013

Bila orang kecil menegurmu*

Anih ketika kau sampai ke kotaku
kau datang dalam senyap dan pergi
tanpa salam.

Orang kecil tak perlu menegurmu
dan kau tak merasa penting ditegur
apalagi suara dari rakyat bawah,
kau tak ingin bertemu muka.

Bila kau meninggikan suaramu
kerana cara itu saja makna katamu
sampai dan dapat difahami.

Tapi aku suka lembut dan santai
kerana di situ ada kemanisan
dan keindahan.

Tak perlu berteriak supaya kau
merasakan apa yang aku rasakan
Dan tak perlu gerakan lebih besar
supaya aku dapat dilihat.

Usah air mata memancing sukmamu
apa lagi merayu dan bela kasihan
bukankah semua itu
lebih perasaan dari berfikir.

Aku orang kecil,
suara ini bukan dipaksakan
tapi kebijaksanaan menunggu
terlalu lama
antara aku dan kau
kita ada talian rasa dan fikir.

Kota Kinabalu
24 March 2013

No comments:

Post a Comment