Sunday 17 March 2013

Gerimis turun di sukma malam (Ketuhanan)

Gerimis turun di sukma malam
aku tercari-cari komet dan kejora
mata ini tak dapat menjangkau
yang lebih jauh, dan terbatas.

Tiap malam aku memandangmu
kerana memang kau perhiasan
dan kegemerlapanmu yang tak
pernah pudar. Kau, perhiasan
indah di tangan pemilikmu.

Aku bukan ikan yang
menggelepar dan tercunggap-
cunggap terdedah di udara terbuka,
masih mencari air lautan.

Kau tak ingin
kehilangan langit biru
seperti nahkoda terus
bertarung melawan badai
lalu akhirnya perlahan-lahan
merapati pelabuhan.

Aku tak ingin
kehilangan bumi berpijak.
Mencium bau bumi aku tau,
aku dekat sekali
dengan-Mu.

Kota Kinabalu
18 March 2013
*AP BBSS





No comments:

Post a Comment