Friday 22 March 2013

Lelaki Itu (Lelaki)

Lelaki itu sebenarnya mahluk hampir
pupus. Sekali dicabar dan mencabar
mereka cepat mengacu senjata.

Mereka pemburu handal dan sukses
suaranya retorika dan penyayang
ketika tersinggung dan terangsang
langit bagaikan terbalik dan berputar.

Dalam dirinya selalu mendambakan
rembulan pada waktu malam dan mentari
pada waktu siang kerana ia seorang lelaki
bertindak sebagai pemilik dan berkuasa.

Lelaki itu sanggup berkorban demi
sebuah kata cinta. Ia tak akan mengendurkan
keinginan sekalipun terbukti kerugian
sampai tak terjangkau demi kemenangan.

Kota Kinabalu
23 March 2013
*AP BBSS







No comments:

Post a Comment