Sunday 11 May 2014

Tekad seorang Khadim* (Suasana)

Mereka telah pulang
di ruang ini kau sendiri
membaca kembali nota
menata sebuah harapan.

Tiap sukma melangkar esok
hawa makin panas
bau api tercium
di udara.

Kau dilahirkan untuk menawan
tanah rindu
memerahkan langitmu tak juga
memakai bahasa keras dan
kurang ajar.

Kasih sayang ini
lambang perjuang dan pengorbanan
kau tak akan pernah dikalahkan
oleh hidup.

Kerana cintamu lebih besar
Kau, khadim dan penolong
di jalan yang berliku-liku ini
kau tak akan hilang arah
Tekadmu bulat
sampai ke garis penamat.








No comments:

Post a Comment