Friday 30 May 2014

Surat Cinta Kepada Saudara Rohaniku*(Ketuhanan)

Bagai mengumpul bintang dan mengalihnya ke langitmu
dan meletakkan purnama yang sedang mengembang
sukmamu bertaut satu sama lain kerana cintamu telah
membakar tapi tak mencederakan kedamaian rohanimu
pertemuan yang berbarkat dan persaudaraan sejagat.

Kau bagaikan lebah tak pernah lelah demi kebaikan
dan perlindungan ratumu di musim-musim bunga dan
dingin.

Tiap sukma punya taman-taman sendiri dan dijagai
dengan cinta dan pengorbanan dan kau tak perlu
dunia mententeramkanmu kerana cinta dan
tawajudmu pada-Nya. Yang lain itu debu berterbaran.

Kau menyantap hidangan demi hidangan dan tak
pernah puas. Kerana kau kunyah adalah dari dapur
syafaat yang menghilangkan lapar dan hausmu di
musim kemarau sedang di lembah ini ada dataran hijau.

Ya Rasulullah, sukmaku lebur dan urat-urat serambiku
menangis tak tertahan, kalau aku adalah tangan
yang memampan wajah suci dari panah-panah dan batu-batu
yang dilemparkan. Dapatkah aku bertahan seperti gunung?

Yang kau harapan kesejahteraan kekasih-Mu
apakah ia disakiti, didera dan dizalimi sedang aku tak berbuat
kalau ada amanatku menunggu maut
sampaikan amanat ini yang lain tak akan aku pedulikan
selain wujud agung dan suci, Rasulullah SAW .

Sukmamu seperti seekor burung dan suaramu kasih sayang
usah menunggu langit telah terbentang penuh
tanah daratan ini tanpa sempadan buatmu dan
kuda semberani menerja rimba jati ke Negeri Matari Barat.
Ayuh! apa lagi kau tunggu, wahai rohaniku
kita telah lama berbicara tentang cinta dan kasih-sayang.

Di bawah lipatan gunung dan pulau mutiara
di lautan teduh telah lama menunggu kedatanganmu
singgahlah di sini kami ingin mendengar berita
samawi dan ingin melihat sendiri kenampakkan-Nya.
Ya Rasulullah, jalan kemenangan itu telah jelas
beritanya telah kau sabdakan, dan samawi membenarkan


*ITBM Jun 2015



No comments:

Post a Comment