Monday 19 May 2014

Qurub Langit**(Ketuhanan)

Kau telah berusaha jatuh bangun datang kepada-Mu
dari dulu kau bimbang dalam tiap keputusan
ketika kau sampai membuat pertimbangan
bagaimana mustahil kebimbangan pada simpang siur ini
akan membawa angin kemenangan di akhir musim.

Ada yang berkata tak perlu lagi nasihat kerana semuanya
telah sempurna dan lengkap dan masing-masing memberikan
warna dan makna.

Lalu ada merasa mereka mempunyai kunci yang terporok
dalam Tanah Gurun. Sedang yang lain, monopoli langit dan
Tanah dipijak. Langit senantiasa berombak.

Setiap kali kau mendekati langit setengah sukmamu
masih terseret ke bawah kerana kecintaanmu masih
pada dunia di tanah pribumi. Akhirnya kau terluncur
lagi jauh ke bawah.

Kau mendambakan ilmu, tekad dan doa-doa tulus
Kalau memang ada pengakuan dan berpegang
pada keyakinan pasti membawamu ke langit samawi.

*Dikirimkan ke Majalah Dewan Sastera, 19 May 2014




No comments:

Post a Comment