Monday 12 May 2014

Berdoa Seperti Anak Kecil**(Ketuhanan)

Alangkah telah berlalu masa silam
bayangkan menjadi anak kecil kembali
di dalam taman. Bertanya terus tak berhenti
dari satu tempat ke tempat yang lain.

Semangat anak kecil bergerak
jatuh bangun, ketawa riang dan
menangis lapar dan tidur.

Aku hanya membayangkan
ketika anak kecil menangis
dan merontah dapatkan yang
ia mahu sampai dapat baru
berhenti. Lalu aku berfikir
semangat dan tekad itu telah
ada bagaimana kalau gaya
aku berdoa pada Allah Ta'ala
tak kalah seperti anak kecil.

Tentu langit gelisah dan menjawab
panggilanku. Aku ingin
berdoa khusuk dan menangis
seperti anak kecil sampai
kedengaran di langit samawi.

*Dikirimkan Kepada Dewan Sastera 19 Mei 2014

No comments:

Post a Comment