Tuesday 20 May 2014

Suara itu Terbang Ke Orbit Baru dan Galaksi Tanpa Sempadan*(ITBM)

Tiada lagu dapat kunyanyikan
membuatkanmu tenteram
Tiada kata dapat kunyatakan
membuatmu terhibur
Aku hanya seorang khadim.

Siang yang terhampar kau melihat
sebuah mimpi berputar di mata hitammu
Lalu, mengapa bertelingkah
menyingkap rahsia kelemahan.

Pada malam yang gemerlap
rahsia seluas kanta matamu
bercerita langit penuh mitos lagenda
pulanglah sekalipun kau harus
merangkak datang pada kekasih
di gunung salji.

Sudah berapa dekad dalam hidupmu
kau harus berdiam diri merelakan
panah-panah yang mengelirukan
segaja mereka melepaskan memang
mencederakanmu di bawah langit.

Pulanglah usah menyisih kerana
kebenaran kau tunggu itu tak akan
menunggumu di persimpangan jalan
yang lain telah sampai di perhentian
menanti kepulangan yang damai.

Kau telah diperingatkan hari kemenangan
sukmamu merdeka dari malam kerudung panjang
kini suara-suara itu terbang ke seluruh rantau
orbit baru dan galaksi tanpa sempadan.

*ITBM Jun 2015




.


No comments:

Post a Comment