Thursday 9 May 2013

Hari Puisi Nasional 2013

Kalau kau tanya mengapa begitu
sepatutnya kau datang dengan
kabilah yang panjang
dengan satu kepala bergerak ke destinasi.

Aku memang menyedari
ketika terserempak kalian di lapangan
mau dijawab bagaimana
mana yang lain? tanyamu

Aku hanya dapat memandangmu
kabilahmu tidak terlalu panjang
selalu ada hot seats.
Kalau aku menoleh ke belakang
hanya kerana aku terasa janggal
kepala dan ekor itu adalah aku.

Dalam permainan dibuat syarat
dan ada nizamnya. Sesekali
terpijak kaki bukan kerana
berbuat helah dan tipu muslihat.

Pulau Pinang
10 Mei 2013





No comments:

Post a Comment