This collection of poetry is the work of Sabahuddin Senin. All the poems are copyright of the poet. Any publication must get permission from the poet. Most of the poems are written in the Malay language. Sabahuddin Senin is a writer from East Malaysia, Sabah.He studied at the Universiti Sains Malaysia, Penang, NIDA, University New South Wales and the Australian National University, Canberra. He spends most of his time in Malaysia, Australia and Solomon Islands. 13th April, 2011
Wednesday, 1 May 2013
Cinta Sejati*(ALBDSM)
Kau telah datang ke
tanah kasih sayang ini
dan membawa ruh
perjuangan sejati dan
memberi makan burung
dara di tapak tanganmu.
Dari matamu yang bening,
kau tak menyimpan amarah
apa lagi mata menghukum
dan mendustakan
kerana dalam matamu
ada pengorbanan, dan
persaudaraan sejagat.
Aku melihat suara-suara
songsang itu seperti
berterbangan ditiup angin
memenuhi raung langit,
terombang-ambing ke sana ke
mari. Satu persatu terjunam ke
tanah kasih sayang.
Ke tanah jasad asal.
Di mana ditemui cinta sejati?
Bukan di puncak gunung,
di tanah terasing dan pulau sepi.
Cinta sejati turun
dari langit samawi meresap
terus ke dalam sukmamu.
Begitu indah disebutkan dan
lunak untuk dihadamkan.
Kota Kinabalu
1 Mei 2013
*Antologi Puisi, 'Lirik Bulan Di Sukma Malam', Sabahuddin Senin dan Kamaria Buang, Borneo Top Publishing House, 2013
*Antologi Kemerdekaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment