Monday 8 July 2013

Ramadan Al Mubarak Dan Jiwa Yang Tenteram.(UB)(HSS 2012/2013

Langit Ramadan turun
anak bulan muncul
kami berdiri saf pertama
selepas salat Isha.

Tiap ucap mengalir tertib
dari sukma yang bersih
Zikirullah di lidah.

Aduhai jiwa yang tenteram
tiada ketakutan dan tiada
keributan yang membuahkan
pemberontakan di bulan suci.

Ya Rabbi, pelihara kami.
Kami adalah orang yang
bersujud. Lindungilah masjid
kami, dari orang-orang khianat,
yang menciptakan huru-hara
merayau membuat angkara
dan menabur bibit-bibit
derhaka lalu mengaku orang
beriman.

Ramadan Al Mubarak
tiada dalam satu saat pun
kami menjauh dan melupakan-Mu.

Kota Kinabalu
8 Julai 2013

*Tersiar Di Utusan Borneo 4 Ogos 2013
*Panel Hadiah Sastera Sabah 2012/2013 telah memilih karya ini sebagai penerima Hadiah Sastera Sabah 2012/2013 bagi Kategori Puisi. Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Sabah 2012/2013 disempurnakan oleh Tuan Yang TerutamaYang di-Pertuan Negeri Sabah pada 14 November 2014, 7.00 malam, di Hotel Grand Ballroom, 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.


No comments:

Post a Comment