Saturday 6 July 2013

Kau Telah Menebus Rindumu*(ALBDSM)

Kau telah menyatakan kepada dunia
dirimu telah merdeka dan sekarang
kau mengecap sesuap nasi dan merasa
enaknya.

Dulu adalah masa lalu yang mengepung
dan kini benteng pasir itu ditenggelami air
dan kau tak menyesal kerana sekarang
ketenangan dirimu diuji sekali lagi.

Telah datang musim bunga dan hinggap
di dahan sukmamu, tanganmu digenggam
dan kening Nabalumu dicium.
Di malam penantian itu, impianmu
menjadi butir-butir bintang di dalam
kamarmu, gemerlapan lalu kau telah
melihat siang dan sentuhan angin pagi
pada wajahmu dan diam.

Himpunan doa-doamu menjadi kepul udara
naik ke langit. Kau adalah seorang
wanita pribumi yang telah menebus
dosamu dan memulai lagi perjalanan ini.

Kota Kinabalu
7 Julai 2013

*Antologi Puisi, 'Lirik Bulan Di Sukma Malam', Sabahuddin Senin dan Kamaria Buang, Borneo Top Publishing House, 2013

*Antologi kemerdekaan







No comments:

Post a Comment