Sunday 7 July 2013

Kanang Anak Langkau*(ATDK)

Kau, mencium bau udara
merenung hutan tropik
seperti membaca artifak
dan grafiti. Kerat-kerat tanah
dan patah-patah ranting
jejak-jejak di lembah
isyarat yang menempel.

Panca inderamu anugerah Tuhan.
firasatmu bagai rembulan penuh
dan tiap gerak dan gemerisik
kau baca tapak-tapak musuh
di tanah lembab dan liat
matamu merakam tanpa keliru.

Kau anak Julau
ketika kemerdekaan
dan keselamatan bangsa
teruji, kau memberikan khidmat
menjejeki musuh-musuh derhaka
bersembunyi dalam hutan jati.

Kanang Anak Langkau
akan memburumu sampai
ke liang lahad. Kanang, kau
dikenang bukan pada kembang api
tapi dibibir jenerasi muda
dan hidup dalam sukma.

Kota Kinabalu
7 Julai 2013

*Antologi Titisan Darah Kanang terbitan DBP KL, 2015







No comments:

Post a Comment