Friday 19 July 2013

Perbualan Terkait Dalam Ramadan.

Drebar bus mini tak sabar memberitahu
angin kencang pada petang ini
entah, jam berapa?

Langit mendung, di pelabuhan
banyak kapal-kapal ikan berlabuh.
Bazaar Ramadan masih sibuk
menarik pelanggan.

Hari ini Jumaat dan bulan puasa
tapi orang masih bersenda gurau
sampai kehabisan nafas.

"Kalau panggilan dah sampai,
tak ada tolak-menolak minta di
belakangkan giliran."

Seorang teman mengurus anak angkat
setelah bersusah payah beralih tangan
debaran jantungnya pula bimbang
anak itu nantinya bin Abdullah.

Aku menelefonmu
kalau boleh bertemu sebagai
sanak-saudara sudah lama tak bertemu.
Tapi kau mengulang tanya dari mana
kau dapat nombor telefon ini.
Aku menyebut nama yang mungkin
dapat mengikat perbualan kita di masa
depan.

Kota Kinabalu
19 Julai 2013






No comments:

Post a Comment